TINDAKAN SELEPAS KEJADIAN

Kerajaan


1.     Regimen renjer

Pasukan Simpanan Persekutuan atau dalam Bahasa inggeris Federal Reserve Unit FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.  Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina.  Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer.

2.     Askar melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Askar Melayu dikerah atau dipaksa untuk mengambil alih kawalan. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Perintah berkurung 24 jam diwarwarkan oleh radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam. Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh dan pihak askar mula meronda di kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyenbeberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!

     3.    Mageran

  Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.  Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.  Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan.  Ada pendapat yang mengatakan  Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedi berdarah 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri. Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk.  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula.

 

       Rakyat 


Panggung odeon

Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut.  Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati.  Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas. Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar. Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.  Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-13-mei.html

Gambar di bawah menunjukkan peristiwa 13 mei




Tiada ulasan:

Catat Ulasan