KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial, ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Peristiwa ini turut mencetuskan satu titik hitam dalam sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Hari ini kita seakan mengabaikan hubugan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum, cuma riak itu belum menjadi gelombang. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan muhibah maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan