PENGAJARAN


1. Pengajaran yang dapat diperolehi daripada tragedi ini ialah mengajar rakyat Malaysia   tentang betapa pentingnya pembentukan dasar perpaduan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling bantu-membantu antara satu sama lain


2. Pengajaran yang kita dapat dari tindakan peristiwa 13 mei ialah jangan menunding jari kepada pihak lain kerana akan menaikan amarah pihak tersebut dan masalah sukar untuk diselesaikan.

3. Pengajaran bagi seluruh masyarakat di negara ini supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan 

4. Pengajaran yang kita boleh ambil dari kejadian ini ialah tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang sekeliling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan