Majlis Muhibah turut dibentuk di peringkat pusat, negeri, daerah dan kampung di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Perlu 1969 untuk mengalakan perkembangan muhibah dengan memulihkan kepercayaan sesebuah kaum dengan kaum yang lain dan menyelesaikan masalah serta perselisihan faham antara kaum. Kerajaan Berparlimen telah dipulihkan semula pada 23 Feb 1971. Dengan itu, Majlis Muhibah Negara telah dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Perpaduan Negara(National Unity Council) yang mempunyai 51 orang anggota. Peranan utama majlis ini adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan perpaduan negara. Pada 1 Januari 1972 Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara. Selepas pilihan raya umum 1974, kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk menyebabkan Kementerian Perpaduan Negara bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara. Lembaga Perpaduan Negara bertanggungjawab membincangkan masalah perpaduan dan menghapuskan perasaan perkauman serta mengelakkan berlakunya konflik atau konfrontasi antara kaum.
Majlis Perundingan Negara(MAPEN) ditubuhkan di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. MAPEN berperanan membincangkan dan meneliti masalah yang berkaitan perpaduan kaum iaitu untuk mengelak berulangnya peristiwa 13 Mei. .MAPEN dianggotai oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien sebagai pengerusi. MAPEN telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 27 Jan 1970 dan telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu membuat keputusan berkenaan bentuk masyarakat Malaysia pada masa akan datang bagi mencapai perpaduan yang harmoni. Melalui perbincangan yang dijalankan, MAPEN berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu panduan yang boleh dijadikan idealogi iaitu yang dikenali sebagai Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.
Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektif yang menjadi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi contohnya, DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian tradisional. DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui tiga perigkat iaitu pembasmian mengikut kawasan luar bandar dan bandar, pembasmian mengikut negeri dan pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan mutu hidup yang baik.
Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Kementerian Kebudayaan ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bagi merancang ,mengawal ,menyelia dan melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama seperti kebudayaan rakyat asal rantau melayu, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar diterima dan Islam sebagai unsur yang paling penting. Objektif Dasar Kebudayaaan Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Persekutuan Malaysia merupakan negara yang mempunyai 13 buah negeri iaitu 11 buah di Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang terpisah daripada Semenanjung Tanah Melayu dan menyebab kedua-dua negeri ini sukar untuk berhubung dengan negeri-negeri di Semenanjung. Pihak kerajaan harus menjalankan pembangunan yang mengambilkira usaha-usaha bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan struktur di antara negeri atau wilayah di Malaysia. Objektif utama pembangunan ini ialah mewujudkan agihan yang lebih seimbang dan adil dari segi pekerjaan,pendapatan ,pendidikan ,kemudahan asas,kesihatan,sosial dam rekreasi khususnya di negeri Sabah ,Sarawak dan negeri-negeri yang mundur di semenanjung. Sektor perlombongan di Sarawak seperti pengeluaran gas asli telah berkembang pesat ekoran daripada permintaan yang tinggi oleh LNG plant dan Asean Ammonia-Urea Plant di Bintulu. Melalui RMK-5 Sarawak menjadi pengeluar kayu balak terbesar dan kemajuan sektor pertanian disebabkan projek Pembangunan Pertanian Bersepadu(Intergrated Agricultural Development projects) serta pembangunan luar bandar. Dasar dan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dengan pendidikan di Semenanjung di bawah Kementerian Pendidikan.
Link di bawah menunjukan keadaan selepas tragedi 13 mei 1969 berlaku
Gambar di bawah ialah keadaan selepas kejadian tragedi 13 mei 1969
Tiada ulasan:
Catat Ulasan