CADANGAN MENGATASI

Antara cadangan untuk menangani pengaruh isu perkauman di Malaysia terhadap falsafah pemikiran golongan remaja ialah melalui pendidikan silang budaya. Pengasingan kaum berpunca daripada polarisasi kaum yang kritikal di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Dengan adanya pendidikan silang budaya, pengetahuan dan ilmu yang dipelajari akan member pemahaman mengenaikaum lain dan memudahkan kita bergaul antara satu sama lain. 

Seterusnya, didikan ibu bapa juga sangat penting dalam menangani isu ini.Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak.Disebabkan itu, fikiran dan perbuatan mereka akan dipengaruhi daripada ibu bapa. Oleh itu, anak-anak perlulah didedahkan dengan pentingnya pergaulan dengan kaum lain sejak mereka kecil.

Selain itu, sistem pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam mejamin keamanan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, ia dapat menjadi satu medium sosialisasi bagi memupuk keperibadian masyarakat sejak di bangku sekolah. Sebagai contoh, melalui ko-kurikulum sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah atau pengajian tinggi. Aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti sukan dan aktiviti kesenian yang melibatkan kesemua pelajar dapat membantu untuk merapatkan ukhuwah di antara pelajar-pelajar yang berlainan kaum.

Seterusnya, media massa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu ini. Penyebaran berita palsu dan fitnah mengenai sesuatu budaya atau agama semakin berleluasa melalui media massa. Ole itu, setiap individu perlulah berfikir terlebih dahulu mengenai berita yang disebarkan sebelum menyebarkannya kerana perkara in dapat mencetuskan pertelingkahan antara kaum serta masyarakat. Setiap individu perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam berkongsi sesuatu maklumat terutamanya yang berkaitan dengan sensitiviti kaum.

Seperti yang dapat kita daripada video pada link dia bawah ramai rakyat malaysia bebilang kaum mempunyai kesamaan dalam banyak perkara 

https://youtu.be/DVE5JLBWeF0

Ini adalah gambar kemesraan rakyat berbilang kaum pada hari kemerdekaaan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan